siapakah
cinta kita dan adakah ia sememangnya jodoh kita ?
Nukilan
seorang sahabat membuatkan aku berfikir
adakah
kita bercinta sekali, kekal hingga ke akhir? Adakah kita terpaksa merasai /
merentangi liku2 sesebuah hubungan? Adakah kita dipertemukan jodoh oleh kedua
orang tua kita? ataupun dipertemukan jodoh kita di sana . Wallahualam ..
Semua nya
adalah Cinta dan Jodoh
[ada
antara kita yang berkahwin lewat, ada yang berkahwin tanpa mengenali pasangan,
ada yang bertukar-tukar pasangan tetapi masih belum berkahwin, ada yang
berkahwin 4, ada yang meninggal sebelum sempat berkahwin(Allah menemukan jodoh
mereka disana)]
1)
-Berkawan sejak sekolah, dekat sekolah mereka lah 'sweet couple' or pegang
title 'couple of the year' setiap tahun dan hubungan kekal sehingga melanjutkan
pelajaran ke universiti, seterusnya ke alam pekerjaan dan akhirnya ke jinjang
pelamin ..
Alhamdulillah,
Allah telah mempermudahkan jodoh mereka.
So Sweet
:: Semua orang kalau boleh nak macam ini. Betul tak?? (:
2) -
Tetapi mungkin juga ada yang bercinta berkali-kali. Hati disakiti hingga timbul
perasaan benci pada lelaki @ perempuan. Pada yang hanya berserah, biarlah masa
menetukan segalanya. Tetapi kadang kala ada yang tersilap dan menyalahkan
takdir atas kegagalan dalam sesuatu hubungan..
"Mengapa
ini semua terjadi? Mengapa sering disakiti?"
Ini juga
telah ditentukan oleh Allah. Takdir yang telah ditetapakan.
Kita
hanya berserah dan berdoa. Tiada jawapan untuk kita mempersolkan ketentuan-Nya
'sudah
takdir tuhan, jodoh saya tak panjang', seringkali kita dengar..
tetapi
adakah Tuhan bersalah memutuskan perhubungan hambaNya. hakikat sebenar,
siapakah yang memutuskannya?
Aku pernah terbaca mengenai:: Mungkin Tuhan menginginkan kita
bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang
tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Apa yang penah terjadi
adalah anugerah, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Segala kejadian telah
ditentukan. Kita hanya merancang, tuhan yang menetukan.
3) - Dan
ada yang jugak dipertemukan jodoh oleh kedua orang tua. Tidak mengenali
pasangan mereka sehinggalah diijabkabulkan dan akhirnya mereka bahagia, mereka
menemui pasangan sejati (itulah jodoh mereka) .Ada baiknya kita dipertemukan
sebegini. Mendapat restu dan keredhaan ibu bapa. kerana keredhaanNya adalah
daripada restu kedua orang tuamu
:: Kalau
boleh Allah tetapkan Jodoh, biarlah atas keredhaan kedua orang tuaku . Amin .
Andai
pilihan mereka terbaik, terbaiklah buatku.. dan bercinta selepas kahwin orang
kata sangat sweet.. Insyaallah
4) Dan
ada juga yang telah kembali kerahmatullah sebelum mereka berkahwin. Samaada
meninggalkan pasangan mereka (kekasih/tunang) . Itu semua ditetapkan oleh
Allah. Allah akan mempertemukan Jodoh mereka disana.
Semua ini
adalah Jodoh kita yang telah ditetapkan oleh Allah. Kita mengatakan semua ini
adalah takdir yang telah Allah tetapkan.
Kita pula
macam mana?
Lumrah
kehidupan dan itu jugak dikatakan JODOH semua ditentukan oleh Allah
cinta
yang kita miliki tidak semestinya ia adalah jodoh kita.
Jodoh dan
pertemuan, rezeki, ajal dan maut ketentuan yang telah ditetapkan oleh allah..
Kita
selalu dengar orang sebut, "belum sampai seru" antara cepat dan
lambat .
kalau ada
jodoh, tak kemana. Itu janji Allah. Insyallah
Post
entry aku sebelum ini, pernah aku kongsikan mengenai
Semua itu
rahsia Allah Swt.
Siapakah jodoh kita, bila
waktunya tiba, di mana akan dipertemukan, adakah ia benar-benar orang
soleh/solehah?Semua itu rahsia Allah Swt.
Jodoh adalah Takdir Allah Swt
Allah Swt menetapkan tiga bentuk taqdir dalam masalah jodoh.Pertama, cepat mendapatkan jodoh. Kedua, lambat mendapatkan jodoh, tapi suatu ketika pasti mendapatkannya di dunia. Ketiga, menunda mendapatkan jodoh sampai di akhirat kelak. Apapun pilihan jodoh yang ditentukan Allah adalah hal terbaik untuk kita.
Jodoh adalah Takdir Allah Swt
Allah Swt menetapkan tiga bentuk taqdir dalam masalah jodoh.Pertama, cepat mendapatkan jodoh. Kedua, lambat mendapatkan jodoh, tapi suatu ketika pasti mendapatkannya di dunia. Ketiga, menunda mendapatkan jodoh sampai di akhirat kelak. Apapun pilihan jodoh yang ditentukan Allah adalah hal terbaik untuk kita.
Allah Swt
berfirman: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah
mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah: 216).
Kita harus terikat aturan Allah. Kita juga dibekali akal untuk memahami aturan-Nya. Ketika kita memutuskan untuk taat atau melanggar aturanNya adalah pilihan kita sendiri. Bagaimana cara kita untuk mendapatkan jodoh adalah pilihan kita. Dengan jalan yang diredhaiNya atau tidak. Tetapi hasil akhirnya Allah yang menentukan.
Kita harus terikat aturan Allah. Kita juga dibekali akal untuk memahami aturan-Nya. Ketika kita memutuskan untuk taat atau melanggar aturanNya adalah pilihan kita sendiri. Bagaimana cara kita untuk mendapatkan jodoh adalah pilihan kita. Dengan jalan yang diredhaiNya atau tidak. Tetapi hasil akhirnya Allah yang menentukan.
"Jodoh
merupakan takdir tuhan, manusia mestilah menerimanya sama ada jodoh itu
baik/buruk"
"Jodoh
merupakan takdir dan perlu mencari" dan
''Jodoh
di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar dalam mencari jodoh tersebut
dan memilih yang terbaik''
::
Kesimpulannya, memang jodoh telah ditetapkan oleh Allah tetapi kita perlu
berusaha, berikhtiar, dan bertawakkal. kita harus berikhtiar dalam mencarinya
dan memilihnya selaras dengan ketentuan dan syariat yang ditetapkan olehNya..
Insyallah ini adalah yang terbaik.
Dan aku
juga terbaca 1 artikel mengenai:
- Ustaz
Azhar Idrus : Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam
kandungan ibu (malaikat akan menulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan
siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri kita)
"
Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita.
Itu
ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha."
Jodoh
seperti rezeki, ia telah ditentukan.
Namun,
kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah.
Dengan
berpegang pada hakikat itu kita diperintahkannya agar berusaha.
Ingatlah!
Jodoh di tangan Allah tetapi kita perlu berusahalah dahulu mencarinya kerana
disamping keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa.
Jika ada
pilihan sendiri maka rebutlah restu dan keredhaan keluarga.
Jodoh itu
urusan Allah. Sudah dicatat sejak ‘azali lagi.
Sedarkah
kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika di dalam rahim ibu kita
sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan
akhir sekali jodoh,
Namun
begitu seringkali menyalahkan takdir andai tiada jodoh
setiap
orang telah ditetapkan jodoh, tetapi kita perlu berusaha dengan mencari yang
terbaik..
Kenapa
perlu susah-payah jika semuanya telah pun ditakdirkan?
Kenapa
harus kecewa sebelum bertemu gembira?
Kenapa si
dia tidak datang begitu sahaja?
JODOH itu
adalah rahsia ALLAH..
☻♥☻
/█\ /█\
.||. ||.
SEKUAT
mana kita setia .. SEHEBAT mana kita merancang .. SELAMA mana kita menunggu ..
SEKERAS mana kita bersabar .. SEJUJUR mana kita menerima
Jika
ALLAH tidak menulis JODOH kita bersama dia
kita
tetap tidak akan bersama dengannya ..
•.♥•
Entry aku
sebelum ini, aku mengaitkan mengenai
Segala
benda yang terjadi, takdir yang menentukan..
Mungkin
Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum
bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih
atas
kurniaan
itu. Apa yang
penah terjadi adalah anugerah, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Segala
kejadian telah ditentukan. Kita hanya merancang, tuhan yang menetukan.
::
Sememangnya sebesar mana hati kita ingin memilikinya tetapi jika bukan
ditetapkan untuk kita, ia tetap bukan milik kita. (tidak semua yang kita
inginkan akan menjadi milik kita)
itulah
kenyataannya ::
Kita
hanya mampu merancang, namun ALLAH yang menentukan..
DIA MAHA
MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBA-HAMBANYA..
andai
hari ini awaklah kawan saya
belum
tentu hari esok awak menjadi sahabat saya...
andai
hari ini awaklah teman saya
belum
tentu hari esok awak yang menemani saya...
andai
hari ini awaklah buah hati saya
belum
tentu hari esok awak menjadi milik saya...
andai
hari ini awak kekasih saya
belum
tentu hari esok awak yang membahagiakan saya...
andai
hari ini awaklah cinta saya
belum
tentu hari esok awak jodoh saya...
oleh itu,
andai
hari ini milik kita berdua
jangan
lupa berdoa untuk hari esok...
andai
semalam telah kita jalani
hargailah
hari ini kerana hari esok masih belum pasti...
p/s: Kita
tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling
cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah
dah tetapkan sejak azali.
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah
hatinya dengan hatiku
Jika dia
bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuanmu
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuanmu
Ya Allah
Seandainya
telah Engkau catatkan...
Dia
milikku tercipta buatku...
Satukanlah
hatinya dengan hatiku...
Seandainya
telah Engkau takdirkan...
Dia bukan
milikku...
Bawalah
ia jauh dari pandangan ku...
Luputkanlah
ia dari ingatanku...
Dan
peliharalah aku dari kekecewaan..
Doa “
Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah
hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang
mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL
'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada
junjungan kita, Nabi
Muhammad s.a.w., dan kepada
segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian
Alam."
Wallahualam
:: untuk nukilan bersama dan motivasi diri sendiri . Insyallah
.jpg)
.jpg)