Selasa, 3 Februari 2015

Sedikit renungan ....ke syurga atau neraka

Setiap hari Malaikat Izrael dan Nabi Idris beribadah bersama. Suatu kali, sekali lagi Nabi Idris mengajukan permintaan. “Bisakah engkau membawa saya melihat surga dan neraka?”

“Wahai Nabi Allah, lagi-lagi permintaanmu aneh,” kata Izrael.

Setelah Malaikat Izrael memohon izin kepada Allah, dibawanya Nabi Idris ke tempat yang ingin dilihatnya.

“Ya Nabi Allah, mengapa ingin melihat neraka? Bahkan para Malaikat pun takut melihatnya,” kata Izrael.

“Terus terang, saya takut sekali kepada Azab Allah itu. Tapi mudah-mudahan, iman saya menjadi tebal setelah melihatnya,” Nabi Idris menjelaskan alasannya.

Waktu mereka sampai ke dekat neraka, Nabi Idris langsung pingsan. Penjaga neraka adalah Malaikat yang sangat menakutkan. Ia menyeret dan menyiksa manusia-manusia yang durhaka kepada Allah semasa hidupnya. Nabi Idris tidak sanggup menyaksikan berbagai siksaan yang mengerikan itu. Api neraka berkobar dahsyat, bunyinya bergemuruh menakutkan, tak ada pemandangan yang lebih mengerikan dibanding tempat ini.

Dengan tubuh lemas Nabi Idris meninggalkan tempat yang mengerikan itu. Kemudian Izrael membawa Nabi Idris ke surga. “Assalamu’alaikum…” kata Izrael kepada Malaikat Ridwan, Malaikat penjaga pintu surga yang sangat tampan.

Wajah Malaikat Ridwan selalu berseri-seri di hiasi senyum ramah. Siapapun akan senang memandangnya. Sikapnya amat sopan, dengan lemah lembut ia mempersilahkan para penghuni surga untuk memasuki tempat yang mulia itu.

Waktu melihat isi surga, Nabi Idris kembali nyaris pingsan karena terpesona. Semua yang ada di dalamnya begitu indah dan menakjubkan. Nabi Idris terpukau tanpa bisa berkata-kata melihat pemandangan sangat indah di depannya. “Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah…” ucap Nabi Idris beulang-ulang.

Nabi Idris melihat sungai-sungai yang airnya bening seperti kaca. Di pinggir sungai terdapat pohon-pohon yang batangnya terbuat dari emas dan perak. Ada juga istana-istana pualam bagi penghuni surga. Pohon buah-buahan ada disetiap penjuru. Buahnya segar, ranum dan harum.

Waktu berkeliling di sana, Nabi Idris diiringi pelayan surga. Mereka adalah para bidadari yang cantik jelita dan anak-anak muda yang amat tampan wajahnya. Mereka bertingkah laku dan berbicara dengan sopan.

Mendadak Nabi Idris ingin minum air sungai surga. “Bolehkah saya meminumnya? Airnya kelihatan sejuk dan segar sekali.”

“Silakan minum, inilah minuman untuk penghuni surga.” Jawab Izrael. Pelayan surga datang membawakan gelas minuman berupa piala yang terbuat dari emas dan perak. Nabi Idris pun minum air itu dengan nikmat. Dia amat bersyukur bisa menikmati air minum yang begitu segar dan luar biasa enak. Tak pernah terbayangkan olehnya ada minuman selezat itu. “Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,” Nabi Idris mengucap syukur berulang-ulang.

Setelah puas melihat surga, tibalah waktunya pergi bagi Nabi Idris untuk kembali ke bumi. Tapi ia tidak mau kembali ke bumi. Hatinya sudah terpikat keindahan dan kenikmatan surga Allah.

“Saya tidak mau keluar dari surga ini, saya ingin beribadah kepada Allah sampai hari kiamat nanti,” kata Nabi Idris.

“Tuan boleh tinggal di sini setelah kiamat nanti, setelah semua amal ibadah di hisab oleh Allah, baru tuan bisa menghuni surga bersama para Nabi dan orang yang beriman lainnya,” kata Izrael.

“Tapi Allah itu Maha Pengasih, terutama kepada Nabi-Nya. Akhirnya Allah mengkaruniakan sebuah tempat yang mulia di langit, dan Nabi Idris menjadi satu-satunya Nabi yang menghuni surga tanpa mengalami kematian. Waktu diangkat ke tempat itu, Nabi Isris berusia 82 tahun.

Firman Allah:

“Dan ceritakanlah Idris di dalam Al-Qur’an. Sesungguhnya ia adalah orang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi, dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (QS Al-Anbiya:85-86).

***
Pada saat Nabi Muhammad sedang melakukan perjalanan Isra’ Mi’raj ke langit, beliau bertemu Nabi Idris. “Siapa orang ini? Tanya Nabi Muhammad kepada Jibril yang mendampinginya waktu itu.

“Inilah Idris,” jawab Jibril. Nabi Muhammad mendapat penjelasan Allah tentang Idris dalam Al-Qur’an Surat Al-Anbiya ayat 85 dan 86, serta Surat Maryam ayat 56 dan 57.

Semoga kita sama-sama mendapat rahmat Allah s.w.t agar berpeluang merasa nikmat syurga. 
Amiin...

Isnin, 12 Januari 2015

Kpop ataupun tidak

Kpop ataupun tidak, memang bersentuhan dgn lelaki itu dosa. Tak perlu lihat kpop, astist2 malaysia yg berlakon berpegangan tangan, adegan atas katil, cium dahi, itu tidak pula kita marah. Yang seribg ditayang waktu2 maghrib dan kita pun layan sambil ckp "romantinya, sweet nya" Kenapa itu kita tak marah? Adakah kerana berlakon? Haram tetap haram. Inilah namanya fitnah akhir zaman. Kesimpulannya, sebagai seorang wanita islam, kita kena tau dan faham bahawa agama kita melarang perkara seperti ini........

pertama : mari doakan moga Allah beri keampunan atas kekhilafan mereka dan juga diri kita kerana jika bala menimpa kita semua turut sama merasa.

kedua : moga kita ambil iktibar dari isu ini .jadi lebih berhati2 dgn setiap perlakuan kita yg mengundang
fitnah. berusaha taat perintah Allah & jauhi laranganNya.

harapan semoga pihak pemerintah segeralah bangkit selamatkan rakyat dan pandang serius isu keruntuhan akhlak rakyat kerana apalah guna negara maju jika akhlak rakyatnya mundur jatuh merudum. carilah redha Allah, bukan murkaNya.


KENYATAAN MEDIA
ISU PERBUATAN SUMBANG DALAM KONSERT KUMPULAN K-POP B1A4
_______________________________________
...
1. Insiden yang berlaku baru-baru ini di antara artis K-Pop yang dijemput oleh penganjur ke Malaysia telah meninggalkan kesan yang sangat memalukan kepada rakyat Malaysia khasnya umat Islam apabila kita melihat gadis melayu Muslim antara mereka yang dilihat obses terhadap artis K-Pop berkenaan. Perlakuan tidak senonoh dihadapan umum ini sememangnya boleh dijangka apabila konsert yang dianjurkan tidak menimbangkan kelebihan manfaat berbanding keburukan kesan daripada penganjuran konsert berkenaan. Itulah sebabnya Islam melarang penganjuran hiburan yang boleh melalaikan kerana kesan dari kelalaian itu lebih besar keburukannya.
2. Dalam kes ini, penganjur harus bertanggungjawab dan tidak boleh lepas tangan dengan apa yang berlaku. Dan atas tanggungjawab yang besar ini Jakim telah sedari awal mengambil inisiatif menerbitkan Garis Panduan Hiburan Dalam Islam; terbitan Jakim sejak tahun 2007. Namun, sejauhmanakah Garis Panduan ini diberi perhatian dan dirujuk oleh semua agensi dan penganjur program? Konsert ini adalah sama sekali tidak dirujuk kepada Jakim malah Jakim juga tidak dimaklumi akan penganjuran program ini.
3. Saya menyeru agar mana-mana penganjur dan mereka yang terlibat meluluskan meletakkan tanggungjawab yang serius mempertimbangkan kebaikan dan keburukan dalam penganjuran sesuatu aktiviti sebelum menganjurkan sesuatu. Semua maklum masa depan muda mudi masyarakat Malaysia merupakan tanggungjawab besar dan modal insan negara ini. Secara dasarnya bagi Jakim sebagaimana yang dikehendaki tuntutan agama, mana-mana acara yang bertentangan dengan moral, akhlak Islami, tatasusila dan budaya negara ini tidak wajar dibenarkan.
4. Begitu juga kepada pemuda pemudi yang mempunyai pilihan menentukan program untuk dihadiri. Peliharalah akhlak dan harga diri. Jangan menunjukkan sikap yang melampau sampai sanggup membiarkan diri diperlakukan apa sahaja oleh artis yang disanjung. Tiada istilah kebebasan dan hak peribadi dalam melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak dan boleh menjelekkan pandangan masyarakat umum. Sebaliknya mereka perlu ada rasa malu dalam diri dan pemakaian bersyariat sebagai benteng mencegah rasa malu.
5. Walaupun pihak kerajaan sedaya upaya menyediakan pelbagai bentuk aktiviti dan program untuk remaja dan belia namun pemantauan dan didikan dari ibubapa juga adalah penting bagi menasihati dan mengawal aktiviti anak-anak dari terjerumus kepada aktiviti yang tidak sihat.
6. Saya telah mengarahkan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan yang sewajarnya memandangkan JAWI adalah pihak berkuasa agama di peringkat Wilayah Persekutuan.
7. Jakim turut difahamkan pihak PUSPAL (Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara) akan memanggil pihak penganjur dan bagi perkara tersebut Jakim sedia memberi kerjasama.
Othman Mustapha
12 Januari 2015.....