Ahad, 30 November 2014

ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU…

Pandanglah wajah orang yang paling kita sayangi… samada ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak atau siapa sahaja. Pasti kita akan berpisah dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti datang. Itu janji kita sejak dulu… sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.
Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi mereka atau kita yang ditinggalkan. Dan lebih sedih bagi kita yang mungkin meninggalkan. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian – ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan.
Seorang isteri yang kematian suami… ketika seluruh dan sepenuh hati masih bersamanya. Masih banyak yang perlu diselesaikan – anak-anak, cita-cita dan harapan – tetapi ajal maut datang memutuskan segala dan semua yang kita inginkan. Ya, kita cuma hamba. Pada kita cuma tadbir, pada-Nya segala takdir.
Kekadang masih tak puas bermanja dengan ayah dan ibu… tiba-tiba sahaja mereka dipanggil pergi. Hingga lidah kelu dan hati sayu, tidak ada lagi insan yang boleh panggil ibu. Oh, sedihnya apabila ditinggalkan ayah… insan yang paling kita yakini sangat mencintai kita dan kasihnya yang tidak pernah berbelah, tetapi terpaksa berpisah! 
Sekiranya saat ini kita diuji dengan kematian… ditinggalkan oleh yang tersayang. Maka kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah saw. Bukankah baginda telah dididik oleh mehnah paling getir yang bernama kematian? Bukankah ayahnya Abdullah pergi dulu sebelum sempat baginda dilahirkan? Ibunya Aminah menyusul beberapa tahun kemudian.
Tidak sempat bermanja lama dengan datuknya Abdul Mutalib, datuknya pula meninggalkannya. Lalu baginda yang yatim lagi piatu itu dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.
Kenangkan zaman kanak-kanak Rasulullah, tanpa ibu-bapa tetapi telah tega menjadi gembala kambing. Padang pasir dan angin kering menjadi sahabatnya. Lukisan alam itulah yang melakarkan jiwa suci dan akal tajamnya hingga mencari-cari makna kehidupan. Tidak sudi dia menjengah jahiliyah. Tidak rela dia dengan maksiat dan dosa. Hatinya berkata, bukan itu kebenaran dan kebahagiaan… lalu dia menyendiri di dalam gua. Jika tidak mampu mengubat, jangan dijangkiti. Lalu baginda lari… menyendiri.
Sejak baginda berkahwin dengan Khadijah, itulah srikandi sejati cintanya. Yang membawa bekal makanan ke gua Hira’. Yang menyelimuti tubuh dinginnya apabila digegar wahyu pertama. Yang memberikan jiwa dan harta untuk dia berdakwah, berjuang apabila digesa oleh surah Mudasthir (orang berselimut) – qum faanzir – bangun dan serulah!  Itulah Khadijah kekasih Rasulullah, insan terhampir ketika semuanya meminggir.
Namun tidak lama, di tahun dukacita itu… Khadijah pergi buat selama-lamanya. Baginda kehilangan dorongan – pada jiwa dan harta. Khadijah tiada lagi.  Pergi ketika kasih dan cintanya masih didambakan. Sudah hilang bisikan yang memberikannya semangat, kasih sayang, pembelaan dan kemesraan. Baginda berdukacita… Namun, selang hanya beberapa bulan satu kehilangan berlaku lagi. Abu Talib pula  pergi.  Sedihnya, dia pamit tanpa syahadah.
Tiada lagi perisai yang melindunginya daripada ancaman fizikal kaum Quraisy. Bila-bila masa sahaja pedang, tombak dan panah kaum jahiliah boleh menerjah. Jika dengan kematian Khadijah, baginda kehilangan dorongan. Dengan kematian Abu Talib baginda kehilangan perlindungan. Tanpa dorongan, tanpa perlindungan, Rasul keseorangan untuk meneruskan perjuangan.
Tidak cukup dengan itu, ketika Islam sudah bertapak di Madinah. Seorang ayah bernama Rasulullah, kehilangan  pula puteri-puteri kesayangannya Zainab, Ruqayyah dan Umi Khalsum… Subhanallah, tabahnya hatimu ya Rasulullah. Kematian demi kematian, tetapi kau terus hidup dengan hati yang berjuang. Seolah-olah kematian yang menyedihkan itu menjadi obor perjuanganmu menerangi hati umat yang mati ini!  
Ya, saudara-saudaraku. untuk apa semua ini dilakukan oleh Allah yang Maha Kasih kepada kekasihNya Muhammad? Ya, jangan bergantung kepada selain-Nya. Hanya bergantung kepada-Nya. Lalu jika kau kini sedang diuji dengan kematian suami, isteri, ibu-bapa, anak-anak, kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah. Mari kita hayati dan mengambil ibrah dari setiap episod kematian yang telah dilaluinya.
Jika kita kematian ayah, ibu, datuk, isteri, ayah saudara, anak dan sahabat… kita kenangilah hidup Rasullullah yang telah melalui segaladan semua itu. Hinggalah di saat akhir ketika baginda pula yang dipanggil  pergi, ketika Siti Aishah, Fatimah, Ali dan lain-lain saudara serta sahabatnya berada di sisi, baginda sudah bersedia, mehnah Allah sudah sampai ke kemuncak… baginda pula yang akan pergi.  
Baginda sangat mencintai semua yang bakal ditinggalkan, tetapi baginda lebih cinta kepada Allah yang bakal ditemuinya. Lalu mulut baginda hanya mengucapkan, “rafiqil a’la. rafiqil a’la… teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi (Allah). ” Ya, baginda sudah pasrah meninggalkan cinta daerah rendah… untuk terbang ke syurgawi, menemui cintanya di daerah tinggi!
Kepada isteri-isteri yang kehilangan suami, dan mereka yang kehilangan orang tersayang, atau kita yang bakal kehilangan…yang menziarahi blog ini untuk mendapat sedikit cicipan ketenangan, aku yang daif ini cuma mampu menghadiahkan satu tulisan yang telah ku muatkan dalam bukuku ‘DI MANA DIA DI HATIKU” – tajuknya:
ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU… 
Andai dia pergi dulu sebelum mu, sepuhlah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!
Andai dia pergi dulu sebelum mu, tanyakan pada hati mu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak-anak mu, lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak-anak mu punya masa depan. Di tangan mu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?
Andai dia pergi dulu sebelum mu, katakan pada diri, akan ku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun,  aku  tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala… yang mengalir selamanya..
Andai dia pergi dulu sebelum mu, walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah.  Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah bila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Ilahi – tradisi hidup Ummahatul mukminin yang ditinggalkan suami!
Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah… diadukan kesedihan kepada Allah.
Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah.   Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.
Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian. Kematian adalah “pemutus” segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.
Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan, belajarlah daripada Rasulullah SAW. Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya Abdullah. Enam tahun kemudian, ibunya Aminah meninggal dunia. Tidak lama kemudian, semasa masih dahagakan kasih-sayang, datuknya Abdul Mutalib pula pergi buat selamanya. Tinggallah dia dalam pemeliharaan ayah saudaranya, Abu Talib.
Ketika masih perlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah SAW ditinggalkan lagi. Abdul Talib meninggal dunia ketika keislaman begitu didambakan. Sedangkan sebelumnya, Rasulullah saw telah kehilangan isteri tersayangnya Siti khadijah… Lalu tahun itu dinamakan tahun kesedihan!
Baginda diberi enam orang anak lelaki yang meninggal semuanya sewaktu kecil. Anak-anak yang ketiga dan keempat, meninggal dahulu di hadapan matanya. Alangkah rindunya untuk mendapat cahaya mata lagi, lalu Rasulullah SAW dikurniakan anak lelaki, Ibrahim. Kebetulan rupanya amat mirip dengan baginda. Tetapi Ibrahim juga meninggal dunia ketika sarat menyusu.
Lalu ditumpukan kasih sayangnya kepada cucundanya Hasan dan Husin. Sangat dimanjakan, sehingga pernah sujudnya sedemikian lama hanya untuk memberi waktu agar cucunya turun dari belakangnya. Namun, dari ilham Ilahi, baginda telah tahu bahawa ada peristiwa besar bakal menimpa keduanya. Baginda hanya memberitahu salah seorang daripadanya bakal mendamaikan perselisihan besar. Dipendamkannya tragedi pembunuhan yang bakal dihadapi oleh Husin di Karbala.  
Begitulah Rasulullah menghadapi saat perginya orang yang tersayang. Lalu bagaimana pula keperibadiannya ketika baginda sendiri pergi meninggalkan orang yang tersayang? Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua, berselimutkan kain kasar manakala minyak pelita lampu rumahnya hampir kehabisan… ketika itulah baginda menyebut, “rafiqil a’la, rafiqil a’la – teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi!”
Dalam “kamus” kehidupan  para muqarabin (orang yang hampir dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta. Ya, begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah – cinta hakiki dan sejatinya. Itulah teman daerah tinggi yang sangat dirindunya. Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya dua kali ganda yang dialami manusia biasa. 
Namun begitu,  di saat sakarat yang begitu hebat, masih sempat baginda berpesan tentang solat. Untuk siapa? Siapa lagi kalau bukan untuk kita… umat yang akan ditinggalkannya.
Semua orang mengakui hakikat bahawa mati itu datang tiba-tiba. Tetapi aneh, manusia yang pasti mati itu terus hidup sambil lewa.
Ketika segala tragedi dan ujian menimpa, Rasulullah SAW tetap bahagia. Bahagia inilah yang digambarkan  oleh pembantunya, Anas bin Malik dengan pengisahannya:
“Aku telah menjadi khadam Rasulullah SAW 10 tahun lamanya. Maka tidak pernah baginda berkata atas apa yang aku kerjakan: “Mengapa engkau kerjakan?” Tidak pernah pula baginda berkata atas apa yang aku tidak kerjakan: “Mengapa engkau tidak kerjakan?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang ada: “Mengapa ada pula barang ini?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang tidak ada:”Alangkah baiknya kalau barang itu ada.” Kalau terjadi perselisihan antara aku dengan ahli keluarganya, baginda akan berkata kepada keluarganya: “Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi!”
Inilah bahagia yang dialami oleh Rasulullah SAW. Aku cuba mencungkil sekelumit rahsia kebahagiaan yang hakiki ini. Mudah-mudahan kita akan dapat menghayati kunci kata di sebalik model insan yang paling bahagia ini. Kunci kata itu tepat dan padat – ana abdullahi walan yudhi’ani – aku hamba Allah, DIA tidak akan mengecewakanku!”
KETIKA RASULULLAH PERGI…
Tengah hari  itu…
gugur butiran air mata di wajah mu

Hibanya hati melepaskan Rasul pergi

Bukan tidak reda,

Tapi itulah hati seorang isteri

pasti ada rasa cinta!

Pada akrab sekian lama yang terpisah

Bagai isi dan kuku…

Tapi hakikatnya kita semua hamba

Yang terpaksa akur dengan takdir-Nya

Jalan mujahadah menggamit kelangsungan budi

Setia seorang isteri tanpa teman menabur jasa

makam itu cuma semadi jasad…

Tapi dian batinnya terus menyala
Pada sebuah amanat di sisi isterinya

Wahai srikandi cinta Rasul yang masih hiba
Duhai srikandi budi yang masih lara
Sepuhlah air mata di usia muda
Melangkahlah semula dengan kukuh
kerna jalan ini masih jauh

Yang wafat cuma jasad
Bukan niat dan semangat!

Citra ini mengimbau sejarah ‘si merah’
– Umamahatul Mukminin Siti Aisyah
di usia remaja menjadi isteri Rasulullah
Teman Rasul ketika berjuang membela umat
Teman Rasul ketika di amuk sakarat
di ribaannyalah baginda wafat

Sepeninggalan Rasul…
Dialah gedung ilmu yang mendidik tanpa jemu
Dialah gunung budi yang berbakti tanpa henti
Dia hanya kehilangan suami
Tapi bukan kehilangan misi!

Sesekali ketika rawan diusik kenangan…
Berteduh di sejuk wuduk menawar gundah
Istirahat hati pada satu hakikat…
Cintaku hanya sedebu cinta-Nya
Relakanlah dia pergi…
Menemui temannya di daerah tinggi!



Sabtu, 29 November 2014

Kehadiranmu Kutunggu

siapakah cinta kita dan adakah ia sememangnya jodoh kita ?
Nukilan seorang sahabat membuatkan aku berfikir

adakah kita bercinta sekali, kekal hingga ke akhir? Adakah kita terpaksa merasai / merentangi liku2 sesebuah hubungan? Adakah kita dipertemukan jodoh oleh kedua orang tua kita? ataupun dipertemukan jodoh kita di sana . Wallahualam ..

Semua nya adalah Cinta dan Jodoh
[ada antara kita yang berkahwin lewat, ada yang berkahwin tanpa mengenali pasangan, ada yang bertukar-tukar pasangan tetapi masih belum berkahwin, ada yang berkahwin 4, ada yang meninggal sebelum sempat berkahwin(Allah menemukan jodoh mereka disana)]


1) -Berkawan sejak sekolah, dekat sekolah mereka lah 'sweet couple' or pegang title 'couple of the year' setiap tahun dan hubungan kekal sehingga melanjutkan pelajaran ke universiti, seterusnya ke alam pekerjaan dan akhirnya ke jinjang pelamin ..
Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan jodoh mereka.

So Sweet :: Semua orang kalau boleh nak macam ini. Betul tak?? (:

2) - Tetapi mungkin juga ada yang bercinta berkali-kali. Hati disakiti hingga timbul perasaan benci pada lelaki @ perempuan. Pada yang hanya berserah, biarlah masa menetukan segalanya. Tetapi kadang kala ada yang tersilap dan menyalahkan takdir atas kegagalan dalam sesuatu hubungan..
"Mengapa ini semua terjadi? Mengapa sering disakiti?"
Ini juga telah ditentukan oleh Allah. Takdir yang telah ditetapakan.
Kita hanya berserah dan berdoa. Tiada jawapan untuk kita mempersolkan ketentuan-Nya
'sudah takdir tuhan, jodoh saya tak panjang', seringkali kita dengar..
tetapi adakah Tuhan bersalah memutuskan perhubungan hambaNya. hakikat sebenar, siapakah yang memutuskannya?

Aku pernah terbaca mengenai:: Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Apa yang penah terjadi adalah anugerah, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Segala kejadian telah ditentukan. Kita hanya merancang, tuhan yang menetukan.

3) - Dan ada yang jugak dipertemukan jodoh oleh kedua orang tua. Tidak mengenali pasangan mereka sehinggalah diijabkabulkan dan akhirnya mereka bahagia, mereka menemui pasangan sejati (itulah jodoh mereka) .Ada baiknya kita dipertemukan sebegini. Mendapat restu dan keredhaan ibu bapa. kerana keredhaanNya adalah daripada restu kedua orang tuamu

:: Kalau boleh Allah tetapkan Jodoh, biarlah atas keredhaan kedua orang tuaku . Amin .
Andai pilihan mereka terbaik, terbaiklah buatku.. dan bercinta selepas kahwin orang kata sangat sweet.. Insyaallah

4) Dan ada juga yang telah kembali kerahmatullah sebelum mereka berkahwin. Samaada meninggalkan pasangan mereka (kekasih/tunang) . Itu semua ditetapkan oleh Allah. Allah akan mempertemukan Jodoh mereka disana.

Semua ini adalah Jodoh kita yang telah ditetapkan oleh Allah. Kita mengatakan semua ini adalah takdir yang telah Allah tetapkan.
Kita pula macam mana?
Lumrah kehidupan dan itu jugak dikatakan JODOH semua ditentukan oleh Allah
cinta yang kita miliki tidak semestinya ia adalah jodoh kita.
Jodoh dan pertemuan, rezeki, ajal dan maut ketentuan yang telah ditetapkan oleh allah..
Kita selalu dengar orang sebut, "belum sampai seru" antara cepat dan lambat .
kalau ada jodoh, tak kemana. Itu janji Allah. Insyallah



Post entry aku sebelum ini, pernah aku kongsikan mengenai

Semua itu rahsia Allah Swt.
Siapakah jodoh kita, bila waktunya tiba, di mana akan dipertemukan, adakah ia benar-benar orang soleh/solehah?Semua itu rahsia Allah Swt.

Jodoh adalah Takdir Allah Swt
Allah Swt menetapkan tiga bentuk taqdir dalam masalah jodoh.Pertama, cepat mendapatkan jodoh. Kedua, lambat mendapatkan jodoh, tapi suatu ketika pasti mendapatkannya di dunia. Ketiga, menunda mendapatkan jodoh sampai di akhirat kelak. Apapun pilihan jodoh yang ditentukan Allah adalah hal terbaik untuk kita.
Allah Swt berfirman: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah: 216).
Kita harus terikat aturan Allah. Kita juga dibekali akal untuk memahami aturan-Nya. Ketika kita memutuskan untuk taat atau melanggar aturanNya adalah pilihan kita sendiri. Bagaimana cara kita untuk mendapatkan jodoh adalah pilihan kita. Dengan jalan yang diredhaiNya atau tidak. Tetapi hasil akhirnya Allah yang menentukan.


"Jodoh merupakan takdir tuhan, manusia mestilah menerimanya sama ada jodoh itu baik/buruk"
"Jodoh merupakan takdir dan perlu mencari" dan
''Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar dalam mencari jodoh tersebut dan memilih yang terbaik''

:: Kesimpulannya, memang jodoh telah ditetapkan oleh Allah tetapi kita perlu berusaha, berikhtiar, dan bertawakkal. kita harus berikhtiar dalam mencarinya dan memilihnya selaras dengan ketentuan dan syariat yang ditetapkan olehNya.. Insyallah ini adalah yang terbaik.

Dan aku juga terbaca 1 artikel mengenai:
- Ustaz Azhar Idrus : Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu (malaikat akan menulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri kita)

" Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita.
Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha."
Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan.
Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah.
Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkannya agar berusaha.
Ingatlah! Jodoh di tangan Allah tetapi kita perlu berusahalah dahulu mencarinya kerana disamping keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa.
Jika ada pilihan sendiri maka rebutlah restu dan keredhaan keluarga.
Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak ‘azali lagi.
Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh,
Namun begitu seringkali menyalahkan takdir andai tiada jodoh
setiap orang telah ditetapkan jodoh, tetapi kita perlu berusaha dengan mencari yang terbaik..

Kenapa perlu susah-payah jika semuanya telah pun ditakdirkan?
Kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira?
Kenapa si dia tidak datang begitu sahaja?

JODOH itu adalah rahsia ALLAH..

☻♥☻
/\ /\
.||. ||.
SEKUAT mana kita setia .. SEHEBAT mana kita merancang .. SELAMA mana kita menunggu .. SEKERAS mana kita bersabar .. SEJUJUR mana kita menerima
Jika ALLAH tidak menulis JODOH kita bersama dia
kita tetap tidak akan bersama dengannya ..
•.


Entry aku sebelum ini, aku mengaitkan mengenai
Segala benda yang terjadi, takdir yang menentukan..
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas
kurniaan itu. Apa yang penah terjadi adalah anugerah, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Segala kejadian telah ditentukan. Kita hanya merancang, tuhan yang menetukan.
:: Sememangnya sebesar mana hati kita ingin memilikinya tetapi jika bukan ditetapkan untuk kita, ia tetap bukan milik kita. (tidak semua yang kita inginkan akan menjadi milik kita)
itulah kenyataannya ::

Kita hanya mampu merancang, namun ALLAH yang menentukan..
DIA MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBA-HAMBANYA..

andai hari ini awaklah kawan saya
belum tentu hari esok awak menjadi sahabat saya...

andai hari ini awaklah teman saya
belum tentu hari esok awak yang menemani saya...

andai hari ini awaklah buah hati saya
belum tentu hari esok awak menjadi milik saya...

andai hari ini awak kekasih saya
belum tentu hari esok awak yang membahagiakan saya...

andai hari ini awaklah cinta saya
belum tentu hari esok awak jodoh saya...

oleh itu,

andai hari ini milik kita berdua
jangan lupa berdoa untuk hari esok...

andai semalam telah kita jalani
hargailah hari ini kerana hari esok masih belum pasti...

p/s: Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuanmu
Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Seandainya telah Engkau takdirkan...
Dia bukan milikku...
Bawalah ia jauh dari pandangan ku...
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..


Doa “ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi 
Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."
 Wallahualam :: untuk nukilan bersama dan motivasi diri sendiri . Insyallah

Rabu, 26 November 2014

ADAKAH KITA SUDAH HAMPIR KIAMAT?

Kiamat Sudah Dekat | MASYAALLAH!!! KITA SEMAKIN HAMPIR!!! | Ketika ini seluruh umat islam didunia menumpu perhatian pada krisis di Mesir dan Syria... Tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya...

Tahukah anda, sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin.... Sebaliknya MEKKAH dan MADINAH.... Dan Tahukah anda MEKAH dan MADINAH kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel) dan sekutunya Syiah (Iran)...... bermula dengan;

-TURKI Uthmaniyah yang ditumbangkan dan Jatuh ketangan Puak Sekular Ekstreme, walaupun kini diperintah Pemimpin "Islamik" Erdogan, Hakikatnya beliau sahajalah yang hanya bersuara tapi tidak dapat bertindak sepenuhnya  kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.

-PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.

-IRAQ satu2nya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan, USA dan negara Salib dan Bantuan sulit dari Syiah (IRAN).

- AFGHANISTAN negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).- LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan Eksperimen untuk mencetuskan "Arab Spring"... Rakyatnya dihasut untuk "BANGKIT"... dibantu dengan "Bersungguh2" oleh Tentera Salib (NATO).

-SYRIA adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab2 lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah(Dajjal) dan Al-Mahdi.

-MESIR walaupun "DISERAHKAN" kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin, kemudian dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.

LIHATLAH... DIPETA, SEMUA NEGARA DISEKELILING MEKAH DAN MADINAH TELAH DITAWAN DENGAN SISTEMATIK......Diakhir Zaman juga sudah tertulis dalam hadis bahawa Tempat Suci umat Islam iaitu KAABAH akan diruntuhkan oleh LELAKI dari HABSYAH diberi kepercayaan memerintah Rom.......

SIAPA LELAKI HABSYAH INI.? Semua sedia Maklum...ROM dizaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya..... dan satu-satunya lelaki Habsyah (kulit Hitam) yang memerintah ialah Presiden terkini mereka iaitu BARRACK OBAMA.....
Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan Rasulullah mengenai lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis Riwayat Al-Bukhari dan At-Tabrani:

DI ANTARA TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN IALAH BILA MASA KAABAH AKAN DIRUNTUHKAN DAN PELAKUNYA SEORANG LELAKI BERKETURUNAN HABSYAH YANG DILANTIK MENJADI PEMERINTAH ROMAN. SUBHANALLAH... KITA SEMAKIN HAMPIR......!!!.

Tanda-tanda kiamat kecil sudah hampir semuanya sudah terjadi. Cuba saja dipikirkan mana dari tanda-tanda kecil kiamat berikut ini yang belum terjadi, dan ini  bahawa tanda-tanda kiamat sudah terjadi 95% tinggal 5% saja yang belum terjadi yakni tanda-tanda besar kiamat. Jadi intinya Kiamat Sudah Dekat (umur bumi ini sudah sangat tua).

Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x (oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA. 

Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu. Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.( tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan )

AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. Di Norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana.

Menurut pandangan Islam.

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah.... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.

Jika ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066.

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala kebumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket.

Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi. Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi. Dan planet ini lebih besar daripada bumi.

Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007. Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa. Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062. Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066... 

Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji.

Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun. Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri. 

Isnin, 24 November 2014

siapa aku ,...

Siapa aku? 

Aku bukan kau. Kau bukan aku. Kau dengan hidup kau. Aku dengan hidup aku. Kau dengan hidup kau. Kita duduk sebumi. Kita berdiri selangit. Aku bukan sombong. Aku cuma mahu aku.

Aku cuma mahu jadi aku. Bukan kau. Bukan orang lain. Aku tahu kau tidak memaksa. Cuma aku yang rasa terpaksa. Mengapa? Aku juga manusia. Bukan haiwan. Bukan pokok. Punya akal. Punya nafsu. Punya perasaan. Beza manusia , malaikat dan haiwan.

Kadang-kala aku memberontak. Kadang-kala aku tunduk. Kadang-kala aku keliru. Siapa aku? Aku tidak berteka-teki. Aku tidak bermain sembunyi. Oh, aku terpesong. Jauh dari jalan yang disediakan.

Hidup dalam ruang dan masa ini sebenarnya banyak cabaran. Cuba hidup tanpa ruang dan masa. Tiada masa silam. Tiada masa hadapan. Tiada ruang. Di sekitar hanya ada satu warna. Tiada pertukaran siang dan malam. Lagi susah untuk mencari siapa aku.

Aku bukan lalang. Bergerak ke mana sahaja angin bertiup. Ke Sumatera, ke Laut Cina Selatan, ke Laut Hindi. Hanya pucuk yang mengikut namun akar tetap terpacak di koordinat dua belas angka yang sama. Aku x mahu menjadi angin. Bertiup ke mana sahaja. Walhal, tiupan angin dipengaruhi perubahan haba atau apa sahaja. Angin juga dipengaruhi. Rantaian ini berterusan.

Aku hanya mahu menjadi aku. Ke mana sahaja sendirian. Jika ada yang mahu mengikut. Itu terpulang. Dan aku tidak mengharapkan apa-apa dari yang mengikut. Aku mahu mereka menjadi mereka semacam aku menjadi aku , dan mereka tidak boleh menipu aku .

Namun realiti itu atas imaginasi. Berimaginasilah sampai mati, realiti tetap mengekor. Realiti akan selamanya memijak imaginasi dan ilusi.

Hidup tanpa paksi ? ---------------------------------------------------- Aku kaji diri lahirku, aku renung batinku . Aku nilai akal fikiranku , kekuatannya , bagaimana ia mendapatkan ilmu , bagaimana ia memproses ilmu . Cara mana dia menyimpan ilmu dan maklumat yang didapati dan bagaimana mengeluarkan ilmu dan maklumat itu . Waktu bila ia terangsang menerima ilmu dan maklumat dari yang dilihat, didengar, disentuh dan dirasa . Ketika bila pula ia terangsang mengeluarkan ilmu dan maklumat yang tersimpan itu .

Kemudian aku belajar perjalanan nafas dan peranannya, kehendak-kehendaknya, bila ia merangsang, akibatnya, baik buruknya dan kesannya . Aku kaji juga hatiku atau jiwaku, perasaan yang mendatang silih berganti selalu, peranannya dan kesannya ..

Aku kaji jasad lahirku, keadaannya, peranannya, waktu sakit, waktu sihat . Tuhan , rupanya setiap kejadian yang berlaku pada diriku lahir dan batin, ada hikmah yang tersembunyi . Segala-galanya yang terjadi adalah didikan bagiku . Samada yang berlaku itu nampaknya positif mahupun negatif , ada rahsia yang tersirat dan ianya sungguh seni .

Aku nilai dengan basirahku secara halus dan teliti semuanya baik bagiku . Lantas aku faham dan mengerti mengapa Engkau lakukan kepadaku .
Adakalanya aku senang .adakalanya aku susah ,
Ada ketikanya aku sihat , ada waktunya aku sakit .
Adakalanya badanku letih , ada waktu badanku gagah dan cergas..
Aku kaji perjalanan hatiku selalu , perasaanya silih berganti .
Ada masa aku miskin , ada masa aku kaya.. Dan berbagai-bagai lagi keadaan yang berlaku silih berganti terutama perasaan hati ..

Adakalanya aku sedih , adakalanya aku gembira . Adakalanya aku benci , adakalanya aku suka .Adakalanya hatiku resah gelisah , adakalanya hatiku tenang dan senang . Adakalanya hatiku rasa marah , adakalanya hatiku rasa lapang dada .
Adakalanya hatiku rasa jijik , adakalanya hatiku rasa biasa sahaja . Adakalanya hatiku pilu , adakalanya hatiku riang dan ceria . Adakalanya hatiku rasa malu , adakalanya biasa sahaja . Adakalanya aku rasa takut , ada ketikanya aku rasa berani . Adakalanya hatiku rasa curiga , adakalanya hatiku rasa percaya .

Di sini sungguh banyak ilmu yang aku dapat, di sini sungguh banyak rahsia diriku dari-Mu yang aku gali.. Rupanya sifat yang sering berubah pada diriku itu menyedarkan aku bahawa aku adalah hamba-Mu , kerana sifat hamba atau makhluk adalah berubah-ubah selalu . Di sini aku faham lagi bahawa sifat hamba itu tidak sempurna dan sentiasa baru . Rupanya aku hamba yang hanya menerima ketentuan dari-Mu ..

Sungguh Engkau Maha Pentadbir termasuk diriku . Aku faham lagi bahawa aku lemah, hamba memanglah lemah, agar aku selalu bergantung dengan-Mu . Seterusnya aku faham apa yang berlaku kepada diriku bukan kehendak aku . Rupanya segala-gala yang berlaku pada diriku adalah kehendak-Mu .

Di sini menunjukkan kelemahanku lagi bahawa sedikit pun aku tidak ada kuasa pada diriku walaupun sebesar habuk atau sebesar debu . Daya dan Kuasa-Mu lah sepenuhnya yang berlaku pada diriku tidak campur tangan sedikit dariku . dan Kehendak-kehendak Mu yang terjadi ke atas diriku 

Aku takut kepada-Mu , rupanya takut aku inilah yang Engkau mahu . Aku renung lagi kejadian yang berlaku kepada diriku apakah rahsianya kejadian itu . Rupanya di waktu susah dan berlaku bala, agar aku sabar supaya aku dapat pahala sabar . Di masa-masa yang lain aku senang, sihat , agar aku bersyukur supaya aku dapat pahala syukur.

Itulah yang Engkau mahu dariku . Supaya aku dapat kekalkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan . Hikmah yang lain aku dapat faham supaya aku tidak sombong, tidak riyak, tidak megah, tidak bakhil, tidak tamak . Sifat-sifat itu adalah Engkau benci . Aku faham agar aku tidak di dalam kemurkaan-Mu .

Begitulah yang aku faham, terima kasih Tuhan Engkau beri aku faham tentang diriku . Setelah aku kaji, renung , analisa diriku lahir dan batinnya . Sungguh byk ilmu yang aku dapat dari diriku ini . Sunguh ajaib dan menghairankan aku..

Di dalam diriku ada berbagai ilmu, bahkan lautan ilmu, ada ilmu hikmah, ada ilmu tauhid, ada ilmu syariat, ada ilmu tasawuf, ada ilmu akhlak . Ada ilmu yang tersurat , ada ilmu yang tersirat , ada ilmu falsafah, ada ilmu manusia, ada ilmu psikologi, ada ilmu biologi . Ada benih baik, ada benih buruk, terpulang kepada kita yang mana kita hendak suburkan. Patutlah Tuhan mengingatkan kita di dalam Al Quran untuk kenali diri kita..... Allah Maha Besar ! ! ! 

Siapa Aku ? 

Aku cuma mahu jadi aku...
Bagi aku, kegembiraan orang lain adalah kegembiraan aku.. 
Kepuasan orang lain adalah kepuasan aku..
Sakit org lain adalah sakit aku ,
Jangan katakan aku ini mulia , krn aku hina dmataNya .
kegembiraan aku datang dari kegembiraan orang lain d keliling aku ,
Aku cuma mahu menjadi aku .