Tatkala ku mengelamun sendirian, mengimbau kembali apa ertinya sebuah kehidupan, kisah suka dan duka,hilai tawa dan tangisan, datangnya seperti angin bayu, lembut tapi hilangnya dalam sekelip mata.Hidup ini terlalu banyak pancaroba, bagi yang lemah, pasti akan terkulai, bagi yang tabah, kebahagian menanti di hadapan.Itulah adat resam sebuah kehidupan.
Kadangkala memori lama menggamit kembali kenangan silam, apa yang pasti, hidup perlu diteruskan, apa jua rintangan, pasti kuharungi kerana inilah masa depan yang telah ku lakarkan. Tiada erti penyesalan dalam diri ini.Untuk apa menyesali perkara yang sudah terjadi? Aku bahagia dengan jalan yang telah kupilih, agak kelakar tapi inilah realiti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan